Sunday 4 December 2016

Jalan-jalan ke Taman Burung Labuan


Sabtu lalu merupakan perjalanan yang tidak di rancang sangat untuk ke Taman Burung Labuan ini, tujuan ke Wilayah tu untuk menghadiri majlis perkahwinan sepulu di Bukit Kuda. Majlis berkahir pada pukul 1 petang dan Feri yang kami naiki pulang ke Menumbok pada pukul 5.30 petang...memang sempat pun jalan-jalan ke Taman burung kejap...^_^...

Masa Taman Burung ni beroperasi bermula jam 10pagi sehingga jam 5petang(setiap hari termasuk cuti Am) dan 10pagi sehingga 4.30petang (Operasi kaunter). Harga tiket boleh tengok pada gambar di bawah.

Semasa berada di sini memang memberi pengalaman baru melihat burung-burung yang tidak pernah di lihat sebelum ini dan boleh melihat burung-burung tersebut lebih dekat.

Jom tengok gambar-gambar di bawah yang tersempat aku snap ^_^.

Harga tiket masuk di sini

Main catur sekejap...petak memang muat dengan orang dewasa


Tak tau nama burung ni, tiada kad pengenalan dia ^_^.
Burung cantik molek ni semua orang pun tau termasuk kanak-kanak^_^

Semasa kami mendekati buruk merak ni, dia seperti jinak tetapi melarikan diri perlahan-lahan, mungkin dia mengerti yang kami semakin mendakatinya.^_^

Burung-burung di pamirkan didalam 5 buah tunnel dan di biarkan bebas tanpa sangkar di dalam 3 buah dome. Tunnel dan dome adalah bersambung.
Cantikkan burung ni, berwarna terang..nama burung Eastern Rosella.
Eastern Rosella

Laluan di dalam dome
Tak tau nama burung ni apa, tiada kad pengenalan dia..atau aku yang terlepas pandang
Dia melawan arus berjalan depan kami..agak takut-takut juga sikit....karang tak pasal-pasal kita di serangnya.




Yang ni burung Sun Conure, saiz dia 12 inci panjang (30 cm)..dan pandai bercakap tauuu..
Burung Sun Conure sedang makan kuaci tu



Itik pun ada
Di sini pula menampatkan Gelari, ruang pejabat, sudut informasi, sudut kanak-kanak, bilik mesyuarat dan bilik solat.

Nama ikan ni Arapaima Gigas yang berasal dari Brazil, berat 75kg dan panjang 3.2 meter. Ikan ni kepunyaan En. Fong Tiong Loi, kampung Kerupang satu.ikan ini telah mati dan di berikan kepada Taman burung pada 21 Feb 2002 




Perjalanan yang di rancang...tapi jadi tak jadi ...sempat juga yee^_^...

No comments:

Post a Comment