Tuesday 20 February 2018

Jalan-Jalan di Arnab Village, Ranau, Sabah.

Kalau kamu datang Kundasang atau Ranau jangan lupa datang berkunjung ke Arnab Village ni, bawa anak-anak korang datang sini, biar dorang seronok tengok dan sentuh arnab-arnab ni. Masa datang sini hari tu, ramai nya lah orang berkunjung. Sampai kan seperti tak berapa nampak dah arnab-arnab tu mungkin kerana ramai orang kot. Kat sini kamu juga boleh dukung dan beri arnab makan, makanan boleh beli di kaunter tiket.

LOKASI 
Arnab Village ni terletak di Kg. Purakagis, Ranau (di antara Pekan Kundasang & Pekan Ranau. 6 km dari Pekan Ranau, lebih kurang 10 minit kalau menaiki kereta. Kalau masih ragu-ragu nak cari lokasi, guna ja google map tu....lagi cepat untuk jumpa lokasi. Kalau korang dari Pekan Kundasang, masuk simpang sebelah kanan...papan tanda dia sebelah kiri.

YURAN MASUK
Dewasa (12 Tahun ke atas) : RM5.00
Kanak-kanak (4 - 12 Tahun) : RM3.00
OKU/Baby : Free

WAKTU OPERASI
9.00 Pagi sehingga 5.00 Pagi


Kami parking kat simpang masuk, sebab banyak kereta kat simpang tu. jadi , jalan kaki ja la kami..
 sebelah kanan tu la tempat korang tengok arnab







Putih bersihnya rabbit ni,





Bukan sahaja arnab yang ada kat sini, tengok tu hemster pun ada. Kucing pun ada juga tau..tapi kita nda sempat ke sana





Penat dah rabbit ni, rehat dia jap ^_^



Comel nya, yang kat dalam ni semua untuk di jual...so, yang nak ada rabbit sendiri, datang sini dan milikilah si rabbit korang yang comel ^_^






Okey di sini pun ada Cafe sudah bah, naa..kalau kena time panas-panas dan penat bejalan boleh bah berehat sini duduk-duduk sambil makan dan minum tengok arnab...^_^


Okey jangan lupa tau, datang ke Kundasang dan Ranau jangan lupa datang sini, 

HAPPY HOLIDAYYYYY !! ^_^


2 comments:

  1. They're cute!!! ^^ sometimes I wish to have one :3 heheh Hana follow sini ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hana... saya follow awak semula ya 😊

      Delete