Wednesday 28 February 2018

Jalan-jalan di Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang Sabah

Salam...


Hari tu adalah bekesempatan jalan-jalan ke Kundasang kejap. Pegi ke perkampungan lembu ni tengok lembut-lembu kat sana, dan nak memborong susu-susu lembu sekali. ^_^

LOKASI 
Desa Cattle Dairy Farm ni terletak di Kaki Gunung Kinabalu, nak pegi sana lalu jalan ke Mesilou. korang juga boleh nampak Farm ni dari Pekan Kundasang.

YURAN MASUK
Warganegara Malaysia : 
  • Dewasa : RM5.00
  • Kanak-kanak : RM4.00
MASA MASUK
Setiap hari, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

So, apa yang menarik nya di sini? bagi aku yang menarik di sini tentu la view dia, tambah lagi dekat dengan kaki gunung, tak sah kan kalau tak ambil gambar kat sini. Ibu bapa nak datang tu bawa anak-anak kat sini, tengok lembu dan kambing.^__^..serta borong la susu berkotak-kotak. Makan yugort ais krim dan susu ais-krim....sedap dan freshhh. Antara makanan lain yang ada kat sini seperti puding, minuman beperisa selain susu, pop corn, sausage dan makanan lain aku lupa pula. ^_^

Okey kat bawah ni adalah beberapa gambar yang sempat aku snap. 



Ramai betul orang datang sini, masuk cafe nak beli makanan dan minuman kena berbaris tau...semua orang dah besar dewasa, tak payah nak berebut ..ok !! ^_^


Okey ni saya share juga bagaimana susu kat sini di proses, maklumat pemprosesan semesti nya aku dapat dari sini juga ^_^ :
1. Memerah susu.
2. Penyimpanan, susu di tangki sejuk susu mentah.
3. Ujian kualiti di lakukan untuk memastikan tiada sisa antibiotik wujud didalam susu dan untuk  
    memestikan tahap SCC mengikut kualiti Desa,
4. Proses Homogen iaitu proses mekanikal untuk memecahkan globules lemak agar susu dapat 
    memberikan rasa yang lazat dan tekstur yang sempurna.
5. Proses Pastuer , iaitu  proses pemanasan dengan masa yang cepat untuk memusnahkan 
    mikroorganisma dan untuk memastikan susu selamat untuk di minum (75°C).
6. Penyejukan di lakukan untuk menurunkan suhu susu serta-merta selepas susu Pasteur (4°C).
7. Proses pengisian & pembungkusan susu.
8. Penyimpanan, proses penyejukan bagi susu yang telah di pek pada suhu (2°C- 4°C)
9. Susu di edarkan, susu di bawa lori sejuk pada suhu 0°C - 3°C

Jangka hayat maksimum susu ni adalah 10 hari dan tahap kesegaran selepas di buka pula adalah 3 hari.




Antara bunga yang ada kat sini, nda sah kalau nda di snap :)

Sebelum masuk kawasan ni ada note kat pagar masuk "This gate will be closed everyday at 2.00pm to give way for cow to milking parlour"..datang awal tau kalau nak tengok dengan lebih dekat lagi area ni.



Time ni punya la ramai orang, susah pula nak cari parking...nasib lah seperti setiap masa ja orang keluar, tapi time tu juga orang tak putus nak datang sini. ...mau masuk tandas pun kena baris, nasib tak bayar ^_^...So, kalau korang tak nak terlalu ramai orang datang sini boleh la datang time hujung minggu atau hari-hari biasa.

Okey !! Happy Holiday.. !




No comments:

Post a Comment